Sabtu, 28 Maret 2009

kromosom

Setiap sel mempunyai DNA yang cukup untuk membentuk bebenang yang memanjang sehingga 2 meter (kira-kira 7 kaki). Protein yang dikenali sebagai histon memainkan peranan yang penting dalam pembungkusan DNA dalam kromosom. Histon tidak memainkan peranan secara langsung dalam pewarisan. Bahagian-bahagian molekul DNA mengelilingi histon untuk membentuk unit-unit yang dikenali sebagai nukleosom. Jenis protein yang lain iaitu protein kromosom bukan histon (nonhistone chromosomal protein), menekan nukleosom menjadi jalur berpintal yang padat dan sempit. Kromosom menjadi paling pekat apabila sel bersedia untuk membahagi.

Struktur kromosom memastikan DNA adalah bebas untuk melakukan transkripsi, atau penghasilan penyampai mesej asid ribonukleik (messenger ribonucleic asid, mRNA). mRNA merupakan molekul yang membawa arahan DNA dan tempat protein dibina. Tambahan pula, kromosom membenarkan DNA menjalani replikasi supaya satu sel membahagi menjadi dua sel, dan sel baru akan mengandungi semua maklumat genetik yang diperlukan.

Saintis sedang mengkaji bagaimana DNA meleraikan hubungannya dengan histon untuk menghasilkan DNA baru dan mengambil bahagian dalam sintesis mRNA. Terdapat bukti yang memberikan cadangan bahawa enzim berinteraksi dengan ekor histon yang mengunjur dari nukleosom. Interaksi ini mungkin mengganggu struktur nukleosom untuk sementara supaya DNA bebas untuk berinteraksi dengan enzim agar dapat membantu dalam penghasilan mRNA dan DNA baru.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar